Wednesday, October 6, 2010

Menantu Yang Luar Biasa

Gaman ni amat lah tergila-gilakan si Inan anak Pak Haji Dollah. Inan ne boleh lah tahan cun nya. Gaman ne pun tak kalah lah kacaknya.Ngorat punya ngorat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pula si Gaman ne pandai berlakon, depan Pak Haji Dollah dia bukan main soleh lagi,berkopiah dikepala bha. Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar ja jawab nikahnya si Gaman tadi. Biasalah malamnya agak lewat keluarga Haji Dollah masuk tidur pasal berkemas rumah lepas kenduri di pagi hari. Pasangan Gaman dan Inan pun lewat juga lah masuk tidur.

Selepas semuanya selesai dan semua nyenyak tidur, pagi besoknya Pak Haji Dollah pun mengejutkan semua orang rumah untuk solat subuh. Semua orang rumah pun bangun dan si Gaman dan Inan pun bangun mandi dan bersiap untuk menyempurnakan solat subuh. Tapi oleh kerana lewat bangun, Si Gaman tak sempat bersolat jemaah dengan PakHaji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Inan.

Maka,Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahlikeluarga lainnya sedang berwirid. Si Gaman pun qamat dan selesaikan solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Gaman tadi, "Hai Man kenapa solat subuh kau tiga rakaat?" lantas Si Gaman Jawab "eh.. ia ka tu? tiga rakaat?rasa-rasanya sudah cukup empat rakaat tadi..."


Masya Allah..mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Inan tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Sahla si Gaman ne tak pernah sembahyang subuh!!!......kanapatan la sioooooooo...

Saturday, October 2, 2010

Lelaki Hamil.

Seorang lelaki yang badannya gendut naik keretapi. Penumpang pada ketika itu sangat penuh maka lelaki gemuk itu terpaksa berdiri. Tiba2 die berasa ada yang menyonggolnya lalu lelaki itu pun melihat ke belakang. Ooo… ada seorang ibu hamil sedang berdiri. Melihat wanita hamil itu maka lelaki gemuk itu bertanya…

Lelaki Gemuk :Hai, akak bunting ya?
Ibu Hamil : Taklah! Sudah tahu tanya lagi. (kata wanita itu yang kesal dengan cara lelaki tersebut bertanya).
Lelaki Gemuk : Isinya orang ya kak?
Ibu Hamil : Ya! (dengan nada bengang lalu dia pula bertanya), Encik pun bunting ya?
Lelaki Gemuk : Ya! Hahahahaaa!!!
Ibu Bunting : (kerana berasa jawapan lelaki itu tidak sopan, dia pertanyaannya), Isinya orang ya?
Lelaki Gemuk : Bukan, isinya anak gajah! Hahahaa!!
Ibu Buting : (Terkejut, lalu ketawa juga, hahahaa)
Lelaki Gemuk :Laa kenapa akak ketawa?
Ibu Bunting : Oh isinya anak gajah ya, patutlah belalainya terkeluar. (sambil menunjuk seluar lelaki yang lupa dikancing)

Kisah Ceta Dua Hantu.

Kisah mengenai dua hantu. Mereka ni baru jumpa dan terus becerita tentang kehidupan masing2 sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka,hantu B ni tak habis2 menggigil. Hantu A menjadi hairan lalu bertanya kepada hantu B

"Apsal kau ni asyik menggigil ja dari td aku tengok?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"owh kau memang sakit jantung kronik ka? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak2 ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah ! in fact masa aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak ne.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keja tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku ja. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik masa sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cuma jumpa isteri aku ja kat dalam bilik. Yang aku heran, masa aku masuk umah tu, aku nampak ada kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanya isteri aku tapi dia tak jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak cari laki tuh. Abis suma bilik aku carik tapi takda pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari cari jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

Wednesday, September 29, 2010

kes anak kembar

Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas muka mereka…

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.”
“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya.

Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!”
“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua.

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, “Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang.
“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.

Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya, “Apakah yang merunsingkan awak?”

Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.”


kentut dalam kelas.

Ajoi seorang murid yang agak nakal. Suatu hari dia kentut dengan bunyi yang sangat kuat dengan bau yang sangat menyengat dan menyebar di dalam kelas. Mana taknya pagi tu dia sarapan telur rebus 2 biji.Baik punyeeeer!

Spontan saja Cikgu Amira menyuruh dia keluar kelas sambil memarahinya, tapi Ajoi ketawa terbahak-bahak nyaris berguling-guling. Guru Besar yang berdekatan kelas 6 bijak (kelas si Ajoi ni) terdengar suara Ajoi ketawa terbahak-bahak, lalu keluar menjenguk apa yang berlaku.

Guru Besar: Ada apa ni Ajoi? kamu ketawa terbahak-bahak di luar kelas??

Ajoi: Lihatlah Cikgu, kesian kawan-kawan saya tu. Mereka sedang menikmati bau kentutku di dalam kelas. Nasib baik Cikgu Amira tu bijak dan menyuruh saya keluar kelas dengan udara yang lebih segar.

Saturday, April 10, 2010

makan pisang goreng

c yau lapar,my best friends and housemate....

dia bawa patak beli goreng pisang...
marah ne dia..
p beli pun masi lagi lapar..

wkkwkwkwkkwk...

naseb bek kekasi dia ada juga kasi tenang fikiran dia..
hahahhahaha..
kasian bha..


huhui...