Saturday, October 2, 2010

Kisah Ceta Dua Hantu.

Kisah mengenai dua hantu. Mereka ni baru jumpa dan terus becerita tentang kehidupan masing2 sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka,hantu B ni tak habis2 menggigil. Hantu A menjadi hairan lalu bertanya kepada hantu B

"Apsal kau ni asyik menggigil ja dari td aku tengok?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"owh kau memang sakit jantung kronik ka? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak2 ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah ! in fact masa aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak ne.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keja tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku ja. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik masa sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cuma jumpa isteri aku ja kat dalam bilik. Yang aku heran, masa aku masuk umah tu, aku nampak ada kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanya isteri aku tapi dia tak jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak cari laki tuh. Abis suma bilik aku carik tapi takda pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari cari jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

No comments:

Post a Comment